Thursday 23 June 2016

Chapter 3: Environmental Epidemiology


EPIDEMIOLOGY

Epi = among / Demos = people / Logy = study 


Definisi epidemiologi:
Epidemiologi ialah satu kajian tentang pengagihan dan penentu atau berkaitan dengan kesihatan dan kajian ini dilakukan bagi mengawal masalah kesihatan dalam populasi tertentu.

Dari segi pengagihan, terdapat 2 kategori iaitu:

- Kekerapan; melibatkan bilangan pada kejadian di dalam satu populasi dan kadar (bilangan kejadian/ kes bagi setiap populasi)

- Corak: berlakunya kejadian yang berkaitan dengan kesihatan yang melibatkan masa, tempat dan ciri ciri peribadi. 
- Masa: tahunan, bermusim, setiap hari atau setiap jam
kejadian semasa wabak
-Tempat: variasi geografi, perbezaan bandar dan luar bandar, dan lokasi tapak kerja
-Peribadi: umur, bangsa, jantina, status perkahwinan, SES,tingkah laku dan pendedahan alam sekitar


Dari segi penentu:
- Epidemiologi juga digunakan untuk mencari punca dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi berlakunya kesihatan yang berkaitan dengan suatu kejadian.

SEJARAH EPIDEMIOLOGI:

Hippocrates: The Environment
Hippocrates telah menulis karyanya yang bertajuk ‘On Airs, Waters, and Places’ .  Beliau mencadangkan bahawa penyakit boleh dikaitkan dengan persekitaran fizikal dan bukannya pandangan ghaib. Beliau mencadangkan bahawa persekitaran dan factor utama seperti tingkah laku mungkin akan mempengaruhi punca penyakit tertentu.

John Graunt: Mortality Counts
Pada tahun 1662, John Graunt telah menerbitkan ‘Natural and Political Observations Made upon the Bills of Mortality. Antara sumbangan ialah mencatat variasi pada kelahiran dan kematian, menunjukkan berlebihan perbezaan pada kematian lelaki berbanding perempuan. Dikenali sebagai “Columbus” terhadap biostatistik.

William Farr: Disease Classification:
Pada tahun 1800, William Farr telah membina diatas hasil kerja Graunt secara sistematik mengumpul dan menganalisis statististik kematian di Britain. William Farr dianggap sebagai bapa statistik moden dan pengawasan penting. Beliau membangunkan banyak kerja asas dalam statistik utama dan menklasifikasikan penyakit.

John Snow: Natural Experiment
John Snow menganalisis penyakit kolera. Beliau berjaya mengatasi penyakit kolera yang melanda di London. Beliau menggunakan pendektan terhadap epidemiologi untuk menganalisis factor terhdap orang, tempat dan waktu. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Epidemiologi.


JENIS JENIS EPIDEMIOLOGI:

Penjelasan Epidemiologi:-  Penerangan terhdap penyakit yang terjadi di dalam populasi yang dituruti oleh masa, tempat dan orang


Analisis Epidemiologi:- mengkasi kasual (etiologic) hipotesis mengenai hubungan antara pendedahan dan keadaan kesihatan.


(All these notes based on my lecturer's note, Sir Mohd Jamalil Azam bin Mustafa)



No comments:

Post a Comment