Monday 20 June 2016

Chapter 1: Pengenalan Kepada Kesihatan Persekitaran

Assalamualaikum and very good morning! disini Aida nak share tentang pengenalan kepada persekitaran yang telah belajar pada 7 jun 2016
(source image: google)

APAKAH ITU KESIHATAN PERSEKITARAN?
kesihatan persekitaran ialah menjaga segala aspek yang berkaitan dengan kesihatan manusia yang disebabkan oleh faktor- faktor persekitaran.

DEFINISI KESIHATAN:
kesihatan adalah keadaan fizikal yang lengkap, mental dan kesejahteraan sosial dan bukan hanya disebabkan oleh penyakit atau ketidakupayaan.

DEFINISI PERSEKITARAN:
persekitaran ialah segala aspek yang berlaku kepada manusia yang dibahagikan daripada fizikal, biologi dan sosial budaya yang boleh mempengaruhi status kesihatan pada populasi.

ELEMEN PERSEKITARAN:
elemen persekitaran terbahagi kepada empat elemen iaitu:
- Kimia: pencemaran udara sisa toksik, racun perosak, 
- Fizikal: lalu lintas, radiasi, cahaya, getaran
- Psikososial: tabiat, gaya hidup, pendidikan, agama
- Biologi: bakteria, mikrob, tumbuh tumbuhan beracun dan haiwan


Health Determinants
(source image: google)

Penentu kesihatan terdiri daripada peribadi, sosial, ekonomi dan faktor faktor alam sekitar yang menentukan status kesihatan individu dan populasi. Secara ringkas, ia merupakan satu faktor yang mempengaruhi individu atau komuniti kesihatan.

Selain itu, kualiti terhadap kesihatan sesuatu itu bergantung kepada keadaan persekitaran. Baik atau buruk keadaan persekitaran tersebut, kedua-duanya mempengaruhi kesan terhadap kesihatan manusia. Perubahan pada status kesihatan akan menjejaskan fungsi seseorang di dalam satu komuniti.

Kesimpulannya, kesihatan persekitaran adalah sesuatu yang menarik. Ia mengkaji ejen atau faktor faktor di dalam persekitaran dan memahami kemungkinan impak yang berlaku pada populasi kesihatan. 

(All these notes based on my lecturer's note, Sir Mohd Jamalil Azam bin Mustafa)

1 comment:

  1. hi, can i get the softcopy of you lecturer's note

    ReplyDelete